Allah: ( الله ) Lafaz yang Maha Mulia yang merupakan nama dari Zat Ilahi yang
Maha Suci serta wajib adanya yang berhak memiliki semua macam pujian dan
sanjungan.
Lafadz ini disebut
juga lafadz Jalalah,
dan juga disebut Ismu
Zat . Iaitu Zat yang menciptakan langit, bumi dan seisinya
termasuk kita sebagai umat manusia ini. Dan Dialah Tuhan seru sekalian alam.
Adapun nama-nama
lain, maka setiap nama itu menunjukkan suatu sifat Allah yang tertentu dan oleh
sebab itu bolehlah dianggap sebagai sifat bagi lafaz yang Maha Mulia.
.
.
Berikut ini adalah 99 nama Allah SWT (Asmaul Husna) beserta
maknanya:
1.
Ar-Rahmaan: ( الرحمن ) Maha
Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia.
2.
Ar-Rahim: ( الرحيم ) Maha
Penyayang, yaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan
dan penyayang di akhirat.
3.
Al-Malik: ( الملك ) Maha
Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan
kehendakNya sendiri.
4.
Al-Quddus: ( القدوس ) Maha
Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan
kekurangan.
5.
As-Salaam: ( السلام ) Maha
Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh
makhlukNya.
6.
Al-Mu’min: ( المؤمن ) Maha
Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan makhlukNya itu
benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan
benar-benar dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik.
7.
Al-Muhaimin: ( المحيمن ) Maha
Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah dan
melindungi segala sesuatu.
8.
Al-’Aziiz: ( العزيز ) Maha
Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat sekehendakNya
9.
Al-Jabbaar: ( الجبار ) Maha
Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya, iaitu mencukupi segala
keperluan, melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh hambaNya.
10.
Al-Mutakabbir: ( المتكبر ) Maha
Megah / Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang melengkapi segala
kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya.
11.
Al-Khaaliq: ( الخالق ) Maha
Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal,
juga yang menakdirkan adanya semua itu.
12.
Al-Baari’: ( البارئ ) Maha
Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan, iaitu mengadakan sesuatu yang
bernyawa yang ada asal mulanya.
13.
Al-Mushawwir: ( المصور ) Maha
Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan gambaran
atau bentuk pada sesuatu yang berbeza dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah
mengadakan sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya
itu. Al-Baari’ ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala
Al-Mushawwir ialah yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan
keperluannya).
14.
Al-Ghaffaar: ( الغفار ) Maha
Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi dosa-dosa dan kesalahan.
15.
Al-Qahhaar: ( القهار ) Maha
Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya serta
memaksa segala makhluk menurut kehendakNya.
16.
Al-Wahhaab: ( الوهاب ) Maha
Pemberi / Maha Menganugerah, iaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi
kurnia.
17.
Ar-Razzaaq: ( الرزاق ) Maha
Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai
rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya.
18.
Al-Fattaah: ( الفتاح ) Maha
Membukakan / Maha Pembuka , iaitu membuka gedung penyimpanan rahmatNya
untuk seluruh hambaNya.
19.
Al-’Aliim: ( العليم ) Maha
Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu benda pun
yang tertutup oleh penglihatanNya.
20.
Al-Qaabidh: ( القابض ) Maha
Pencabut / Maha Penyempit Hidup / Maha Pengekang, iaitu mengambil nyawa
atau menyempitkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki
olehNya.
21.
Al-Baasith: ( الباسط ) Maha
Meluaskan / Maha Pelapang Hidup / Maha Melimpah Nikmat, iaitu memudahkan
terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya.
22.
AI-Khaafidh: ( الخافض ) Maha
Menjatuhkan / Maha Menghinakan / Maha Perendah /
Pengurang, iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya
sendiri dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan.
23.
Ar-Raafi’: ( الرافع ) Maha
Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu terhadap orang yang selayaknya diangkat kedudukannya kerana usahanya yang giat, iaitu
termasuk golongan kaum yang bertaqwa.
24.
Al-Mu’iz: ( المعز ) Maha
Menghormati / Memuliakan / Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada
orang yang berpegang teguh pada agamaNya dengan memberinya pentolongan dan
kemenangan.
25.
Al-Muzil: ( المذل ) Maha
Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu kepada musuh-musuhNya dan
musuh ummat Islam seluruhnya.
26.
As-Samii’: ( السميع ) Maha
Mendengar.
27.
Al-Bashiir: ( البصير ) Maha
Melihat.
28.
Al-Hakam: ( الحكم ) Maha
Menghukum / Maha Mengadili, iaitu sebagai hakim yang menetapkan /
memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak
keputusanNya, juga tidak seorang pun yang berkuasa merintangi kelangsungan
hukumNya itu.
29.
Al-’Adl: ( العدل ) Maha
Adil. Serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu.
30.
Al-Lathiif: ( اللطيف ) Maha
Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut serta Halus, iaitu mengetahui segala sesuatu yang samar-samar,
pelik-pelik dan kecil-kecil.
31.
Al-Khabiir: ( الخبير ) Maha
Waspada/ Maha Mengetahui.
32.
Al-Haliim: ( الحليم ) Maha
Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba, iaitu yang tidak tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan siksaan.
33.
Al-’Adzhiim: ( العظيم ) Maha
Agung, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercu keagungan kerana bersifat
dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan.
34.
Al-Ghafuur: ( الغفور ) Maha
Pengampun, banyak pengampunanNya kepada hamba-hambaNya.
35.
Asy-Syakuur: ( الشكور ) Maha
Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang banyak sekali atas
amalan yang kecil.
36.
Al-’Aliy: ( العلي ) Maha
Tinggi Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia, iaitu
mencapai tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh
akal fikiran sesiapa pun dan tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun
pandainya.
37.
Al-Kabiir: ( الكبير ) Maha
Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera
ataupun akal manusia.
38.
Al-Hafidz: ( الحفيظ ) Maha
Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara, iaitu menjaga segala sesuatu
jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal perbuatan
hamba-hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk memberikan balasanNya.
39.
Al-Muqiit: ( المقيت ) Maha
Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan , baik yang berupa makanan tubuh
ataupun makanan rohani.
40.
Al-Hasiib: ( الحسيب ) Maha
Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hambaNya pada hari
Qiamat.
41.
Al-Jaliil: ( الجليل ) Maha
Luhur, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan
sifat-sifatNya.
42.
Al-Kariim: ( الكريم ) Maha
Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa pun
tanpa diminta atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian.
43.
Ar-Raqiib: ( الركيب ) Maha
Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada, iaitu yang mengamat-amati
gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya.
44.
Al-Mujiib: ( المجيب ) Maha
Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa saja yang berdoa
padaNya.
45.
Al-Waasi’: ( الواسع ) Maha
Luas Pemberian-Nya , iaitu kerahmatanNya merata kepada segala yang maujud
dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu.
46.
Al-Hakiim: ( الحكيم ) Maha
Bijaksana, iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggi kesempurnaan ilmuNya
serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu.
47.
Al-Waduud: ( الودود ) Maha
Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala kebaikan untuk
seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu
dalam segala hal dan keadaan.
48.
Al-Majiid: ( المجيد ) Maha
Mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan keutamaan.
49.
Al-Ba’ithu: ( الباعث ) Maha
Membangkitkan, iaitu membangkitkan semangat dan kemahuan,
juga membangkitkan para Rasul dan orang-orang yang telah mati dari kubur
masing-masing nanti setelah tibanya hari Qiamat.
50.
Asy-Syahiid: ( الشهيد ) Maha
Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua makhluk.
51.
Al-Haq: ( الحق ) Maha
Haq / Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah sedikit pun.
52.
Al-Wakiil: ( الوكيل ) Maha
Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara penyerahan, yakni memelihara
semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan mereka itu.
53.
Al-Qawiy: ( القوى ) Maha
Kuat / Maha Memiliki Kekuatan , iaitu yang memiliki kekuasaan yang
sesempurnanya.
54.
Al-Matiin: ( المتين ) Maha
Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna Kekuatan-Nya , iaitu
memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya.
55.
Al-Waliy: ( الولى ) Maha
Melindungi, iaitu melindungi serta mengaturkan semua kepentingan makhlukNya
kerana kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian pertolonganNya yang tidak
terbatas pada keperluan mereka.
56.
Al-Hamiid: ( الحميد ) Maha
Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk memperoleh
pujian dan sanjungan.
57.
Al-Muhshii: ( المحصى ) Maha
Menghitung / Maha Penghitung, iaitu yang tiada satu pun tertutup dari
pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya.
58.
Al-Mubdi’: ( المبدئ ) Maha Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal, iaitu yang
melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud.
59.
Al-Mu’iid: ( المعيد ) Maha
Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu menumbuhkan kembali
setelah lenyapnya atau setelah rosaknya.
60.
Al-Muhyii: ( المحي ) Maha
Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan pada setiap sesuatu yang berhak
hidup.
61.
Al-Mumiit: ( المميت ) Maha
Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang hidup.
62.
Al-Hay: ( الحي ) Maha
Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu.
63.
Al-Qayyuum: ( القيوم ) Maha
Berdiri Dengan Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya, SifatNya, Af’alNya. Juga
membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula berdirinya langit
dan bumi ini.
64.
Al-Waajid: ( الواجد ) Maha Penemu / Maha Menemukan, iaitu dapat menemukan apa saja yang
diinginkan olehNya, maka tidak berkehendakkan pada suatu apa pun kerana sifat
kayaNya yang secara mutlak.
65.
Al-Maajid: ( الماجد ) Maha
Mulia, (sama dengan no. 48 yang berbeda hanyalah tulisannya dalam bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no. 48 Al-Majiid, sedang
no. 65 A1-Maajid).
66.
Al-Waahid: ( الواحد ) Maha
Esa.
67.
Al-Ahad: ( الأحد ) Maha
Tunggal.
68.
Ash-Shamad: ( الصمد ) Maha
Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan, iaitu selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat keperluan.
69.
Al-Qaadir: ( القادر ) Maha
Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya
70.
Al-Muqtadir: ( المقتدر ) Maha
Menentukan.
71.
Al-Muqaddim: ( المقدم ) Maha
Mendahulukan / Maha Menyegera, iaitu mendahulukan sebahagian benda dari yang
lainnya dalam mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih waktu atau
tempatnya.
72.
Al-Muakhkhir: ( المؤخر ) Maha
Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / Maha Membelakangkan /
Maha Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari yang
lainnya.
73.
Al-Awwal: ( الأول ) Maha
Pemulaan / Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali dari semua yang maujud.
74.
Al-Aakhir: ( الآخر ) Maha
Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus setelah habisnya segala sesuatu
yang maujud.
75.
Azh-Zhaahir: ( الظاهر ) Maha
Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitu menyatakan dan menampakkan
kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda
ciptaanNya
76.
Al-Baathin: ( الباطن ) Maha
Tersembunyi, iaitu tidak dapat dimaklumi ZatNya, sehingga tidak seorang pun
dapat mengenal ZatNya itu.
77.
Al-Waalii: ( الوالى ) Maha
Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah, iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya.
78.
Al-Muta’aalii: ( المتعال ) Maha
Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari segala kekurangan dan kerendahan.
79.
Al-Bar: ( البار ) Maha
Dermawan / Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) / Yang banyak membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan
yang dilimpahkanNya.
80.
At-Tawwaab: ( التواب ) Maha
Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang yang melakukan
maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya.
81.
Al-Muntaqim: ( المنتقم ) Maha
Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada mereka yang bersalah dan orang yang
berhak untuk memperoleh siksaNya.
82.
Al-’Afuw: ( العفو ) Maha
Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan kesalahan orang yang suka kembali
untuk meminta maaf padaNya.
83.
Ar-Rauuf: ( الرؤف ) Maha
Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih sayangNya.
84.
Maalikul Mulk: ( المالك الملك ) Maha Pemilik Kekuasaan /
Maha Menguasai kerajaan / Pemilik Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara
yang berlaku di alam semesta, langit, bumi dan sekitarnya serta yang di
alam semesta itu semuanya sesuai dengan kehendak dan iradatNya.
85.
Zul-Jalaali Wal
Ikraam: ( ذوالجلال والإكرام ) Maha
Pemilik Keagungan dan Kemuliaan / Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi
kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah.
86.
Al-Muqsith: ( المقسط ) Maha
Mengadili / Maha Saksama, iaitu memberikan kemenangan pada orang-orang yang
teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan
keadilanNya.
87.
Al-Jaami’: ( الجامع ) Maha
Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan berbagai hakikat yang telah
bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan.
88.
Al-Ghaniy: ( الغنى ) Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak
berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang
selainNya itu amat mengharapkan padaNya.
89.
Al-Mughnii: ( المغنى ) Maha
Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan Memakmurkan, iaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang
berlimpah-ruah kepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan hamba-hambaNya.
90.
Al-Maani’: ( المانع ) Maha
Membela atau Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu membela hamba-hambaNya yang
soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan.
91.
Adh-Dhaar: ( الضار ) Maha
Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya / Maha Pemberi bahaya, iaitu
dengan menurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya
92.
An-Naafi’: ( النافع ) Maha
Pemberi Manfaat , iaitu meluaslah kebaikan yang
dikurniakanNya itu kepada semua hamba, masyarakat dan negeri.
93.
An-Nuur: ( النور ) Maha
Pemberi Cahaya / Maha Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNya sendiri dan
menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.
94.
Al-Haadi: ( الهادى ) Maha
Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk, iaitu memberikan
jalan yang benar kepada segala sesuatu agar berterusan adanya dan terjaga
kehidupannya.
95.
Al-Badii’: ( البديع ) Maha
Indah / Tiada Bandingan / Maha Pencipta yang baru,
sehingga tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu.
96.
Al-Baaqi: ( الباقع ) Maha
Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya
97.
Al-Waarits: ( الوارث ) Maha
Membahagi / Maha Mewarisi / Maha Pewaris, iaitu kekal
setelah musnahnya seluruh makhluk.
98.
Ar-Rasyiid: ( الرشيد ) Maha
Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin, iaitu yang memimpin
kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya
dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan
yang digariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.
99.
Ash-Shabuur: ( الصبور ) Maha
Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga cepat
melaksanakan sesuatu sebelum masanya.